A-Enrich Wealth
Simpanan & Pelaburan
Tempoh Perlindungan
TEMPOH 20 TAHUN
Tempoh Perlindungan
TEMPOH 20 TAHUN
Umur Penyertaan
14 HARI - UMUR 65 TAHUN
Umur Penyertaan
14 HARI - UMUR 65 TAHUN
MENGENAI PRODUK INI
Mencari penyelesaian kewangan yang membantu anda merealisasikan matlamat anda, sama ada membeli sebuah rumah baru, tabung pendidikan anak-anak anda, pelan persaraan anda atau menambahkan kekayaan anda?
A-Enrich Wealth adalah pelan simpanan bayaran jangka pendek yang menyediakan kedua-dua elemen simpanan dan pelaburan dalam satu pelan. Anda juga boleh memaksimumkan pulangan pelaburan anda melalui pilihan tokok tetap atau tokok ad hoc di dalam pelan ini.

APA YANG DISEDIAKANNYA?

TEMPOH PEMBAYARAN PREMIUM JANGKA PENDEK
Menikmati perlindungan dan manfaat polisi selama 20 tahun hanya dengan pembayaran premium untuk 10 tahun.

PENDORONG PELABURAN
Setiap 2 tahun, Pendorong Pelaburan akan diperuntukkan ke dalam polisi anda untuk meningkatkan nilai akaun anda.
Akhir Tahun Polisi Pendorong Pelaburan sebagai % Premium
2, 4, 6 10%
8, 10, 12 20%
14, 16, 18 30%

MANFAAT KEMATANGAN
Pada tarikh kematangan, anda akan menerima 500% daripada Premium Tahunan terjamin dan mana-mana nilai akaun.

MELINDUNGI MASA DEPAN ORANG-ORANG TERSAYANG
Membayar 200% daripada amaun perlindungan bersama dengan nilai akaun jika anda meninggal dunia atau menghidapi hilang upaya menyeluruh dan kekal (HUMK).
Membayar 300% daripada amaun perlindungan bersama dengan nilai akaun jika anda meninggal dunia atau menghidapi hilang upaya meyeluruh dan kekal (HUMK) akibat kemalangan.

PENDORONG SIMPANAN
Anda akan diberi ganjaran dengan tambahan 40% daripada Premium Tahunan yang akan dibayar semasa kematangan polisi jika:
- Premium pelan asas telah dibayar tepat pada masanya; dan
- Pengeluaran separa daripada nilai akaun (kecuali nilai akaun daripada premium tokok tetap dan premium tokok ad hoc) tidak pernah dilakukan; dan
- Pinjaman polisi daripada nilai tunai tidak pernah dilakukan.

PILIHAN TOP-UP
Anda boleh menyimpan lebih banyak dengan melakukan premium tokok ad hoc pada bila-bila masa atau memilih premium tokok tetap yang akan berkuat kuasa dari tahun polisi ke-11 dan seterusnya.